PERSEKUTUAN PAINTBALL MALAYSIA (MPBF)
Majukan Sukan Untuk Pemain, Oleh Pemain
Persekutuan Paintball Malaysia merupakan hasil usaha berterusan selama lima (5) tahun dengan Kementrian Belia dan Sukan Malaysia. Pertubuhan MPBF akan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang penting kepada sukan paintball – kebanyakan yang sehingga kini tidak dapat diselesaikan tanpa suara rasmi.
MPBF akan menjadi persekutuan yang tulen dari semua sudut.
Ia akan menjadi organisasi:
- Yang bebas dari aktiviti perniagaan
- Tanpa untung
- Tanpa pengumpulan aset
- Mengekalkan aspek-aspek positif sukan komersial
PENCAPAIAN SEGERA
I) PENGESAHAN – TIADA LAGI KERAGUAN
i. Untuk mendapatkan pengakuan kesahan marker paintball sebagai alat sukan, dan bukan senjata api.
ii. Untuk membolehkan lesen sah untuk pusat-pusat paintball.
iii. Untuk membolehkan pemain paintball untuk memiliki lesen individu sah untuk marker paintball.
iv. Untuk mendapatkan pengecualian dari cukai ke atas barangan paintball yang diimpot.
II) PAINTBALL UNTUK DITERIMA SEBAGAI SUKAN TERAS
i. Untuk mendapatkan penerimaan sah dari semua jabatan dan agensi kerajaan.
ii. Untuk memastikan paintball dikenal sebagai sukan teras kepada kesemua.
III) PROGRAM AKAR UMBI
i. Untuk menubuhkan inisiatif akar umbi dan memastikan ia dilaksanakan oleh komuniti paintball. Program-program akan dirancangkan dan diedarkan kepada kelab-kelab untuk dilaksanakan secara komersial atau secara lain. Contoh: Klinik Paintball, Program Kanak-kanak, etc.
IV) PROGRAM KESELAMATAN & PANDUAN ETIKA
i. Untuk memastikan yang panduan asas keselamatan akan diselaraskan untuk para pemain, pusat paintball, dan acara-acara paintball. Panduan ini tidak akan menjadi batu halangan kepada sesiapa yang ingin menceburi sukan atau bidang paintball.
FAKTOR KEMAJUAN KRITIKAL
i. Menyempurnakan pemilihan dan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa interim yang dijemput.
ii. Menyempurnakan draf perlembagaan bagi Persekutuan tersebut.
iii. Usaha dari ahli jawatankuasa interim dari segi pembiayaan dan penglibatan.
iv. Keperluan untuk diwakili oleh persekutuan yang terbuka, telus, dan bebas dari penyalahgunaan kuasa.
JADUAL YANG DICADANGKAN
i. 27 March 2010 – Persembahan perlembagaan MBPF
ii. 9 October 2010 – AGM dan Pemilihan ahli jawatankuasa
Mengapakah lapan (8) bulan diperlukan untuk pemilihan?
i. Ini adalah untuk memastikan kerja-kerja awal untuk menyelesaikan isu-isu perlesenan dan untuk memastikan paintball diisytiharkan sebagai sukan teras.
ii. Bagi memberikan masa yang cukup kelab dan persatuan untuk menyelaraskan akaun dan keahlian.
STRUKTUR YANG DICADANGKAN
i. Jawatankuasa MPBF akan mempunyai tujuh belas (17) ahli – empat belas (14) ahli dari setiap persatuan negeri, dan tiga (3) ahli untuk mewakili para penjual, “promoter”, dan pengendali pusat-pusat paintball.
MEKANIK PEMILIHAN YANG DICADANGKAN
i. Pemilihan akan dilaksanakan setiap dua (2) tahun.
ii. Calon-calon untuk jawatan Presiden tidak boleh dipilih lebih dari dua (2) kali.
UNSUR PENTING UNTUK PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MPBF
i. Tidak akan melakukan sebarang aktiviti perniagaan, atau mempunyai hubungan dengan sebarang perniagaan.
ii. Tabung dana MPBF tidak akan mempunyai lebih daripada apa yang diperlukan untuk beroperasi selama dua (2) tahun.
iii. Tidak akan memiliki aset-aset selain daripada apa yang diperlukan untuk berfungsi sebagai persekutuan.
DISEDIAKAN OLEH: PAUL WY LAM
TARIKH DISERAHKAN: 25hb Februari 2010 di Sesi Pendengaran Awam kepada orang ramai.
No comments:
Post a Comment