Wednesday, March 3, 2010

Replying to the blog. Constructive crictism welcomed. All replies will be moderated to prevent abuse.


Kine has left a new comment on your post "Sesi Pendengaran Awam Berhubung Penubuhan Persatua...":


Where can we get info on the structure, charter and membership of the proposed MPF ?

----------


badman has left a new comment on your post "Results After the Public Hearing - The Protem Comm...":

we the regulars would know who is who here but not for someone very new to the sports & organisation. therefore, IMHO, it's better to put who each individual is representing within the committee so everyone would know..

----------


For the love of the sport,

Allan Phang

MODEL PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN




MODEL PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN
FASAL 1. NAMA
Badan Sukan ini dikenali dengan nama ____________________ atau ringkasnya disebut sebagai_____________ di dalam Perlembagaan ini.

Badan sukan ini bertindak sebagai badan pengelola / badan perwakilan diperingkat kebangsaan bagi sukan_____________________
_____.

FASAL 2. ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
2.1 Alamat Berdaftar
Alamat berdaftar (adalah termasuk alamat tempat urusan, surat menyurat dan operasi badan sukan) Persatuan________ ialah di ________________

2.2 Alamat berdaftar ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Jawatankuasa Induk Persatuan dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

FASAL 3. DEFINISI

3.1 PERSATUAN bermakna Persatuan __________________________
___
3.2 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN bermakna mesyuarat yang wajib diadakan oleh persatuan ini pada tiap-tiap tahun seperti yang disebutkan dalam Fasal 13.2 perlembagaan ini.

3.3 MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN bermakna mesyuarat yang wajib diadakan oleh persatuan ini pada setiap dua (2) tahun. Bagi tahun semasa yang telah diadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan, mesyuarat ini juga dianggap sebagai Mesyuarat Agung Tahunan.

3.4 JAWATANKUASA INDUK bermakna jawatankuasa tertinggi yang mentadbir perjalanan persatuan dan hendaklah mempunyai kuasa eksekutif dalam menggubal dan melaksanakan dasar-dasar persatuan yang disebut dalam Fasal 16 perlembagaan ini.
3.5 BADAN PENGELOLA (Governing Body) bermakna badan sukan kebangsaan yang mendapat pengiktirafan Antarabangsa bagi sukan itu di bawah Badan sukan Antarabangsa.
3.6 BADAN PERWAKILAN (Representative Body) bermakna badan sukan kebangsaan yang belum mendapat pengiktirafan antarabangsa bagi sukan berkenaan.
3.7 JAWATANKUASA bermakna Jawatankuasa yang sah dibentuk atau dilantik di bawah Perlembagaan ini mengikut Fasal 18.
3.8 PEJABAT bermakna alamat berdaftar persatuan seperti yang ditetapkan dalam Fasal 2 Perlembagaan ini.
3.9 AHLI PERSATUAN bermakna ahli yang disebutkan dalam Fasal 6 Perlembagaan ini.
3.10 PESURUHJAYA bermakna Pesuruhjaya Sukan yang dilantik di bawah Seksyen 10 Akta Pembangunan Sukan 1997.

FASAL 4. OBJEKTIF DAN FUNGSI
4.1 Objektif Persatuan adalah:
i. Untuk mempromosi, menggalak dan membangunkan sukan __________di seluruh negara.
ii. Untuk merancang dan membangunkan atlet, pegawai, ,jurulatih dan mencungkil bakat-bakat baru.
iii. Untuk memilih atlet bagi mewakili negara dalam mana-mana pertandingan sukan ________ peringkat antarabangsa.
iv. Mewakili Malaysia dalam badan antarabangsa yang diiktiraf bagi mewakili sukan __________________________
___

4.2 Fungsi Persatuan adalah:
i. Bertindak sebagai badan induk yang mengendali, mempromosi dan mengurus sukan _____________________ di Malaysia.
ii. Bertindak sebagai ______________( badan perwakilan / badan kawalselia) yang mengurus, mentafsir dan melaksana peraturan dan undang-undang sukan __________ di Malaysia melalui kuasa, tugas dan hak yang diperuntukkan oleh badan pemantauan tertinggi antarabangsa termasuk urusan pengiktirafan, penggantungan dan pembatalan keahlian.
iii. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan __________ dikalangan ahli yang terbabit.
iv. Mengendali kursus dan latihan, pembangunan atlet, kejurulatihan, kepegawaian dan sukarelawan.
v. Menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi sukan________ diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.
vi. Menyelesaikan isu-isu dan konflik yang dirujuk melibatkan ahli termasuk ahli gabungan dan ahli-ahli badan sukan.
vii. Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua badan pengelola dan pengawalseliaan antarabangsa bagi sukan.
viii. Untuk memastikan prosedur pemilihan bagi ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili negara dalam sukan _____________ adalah terbuka dan adil.
ix. Untuk memastikan bahawa setiap program dan aktiviti hendaklah berlandaskan Perlembagaan ini dan peraturan-peraturan dibawahnya.
x. Untuk memastikan akaun teraudit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan persatuan yang sebelumnya, dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan berserta dengan apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya Sukan.
xi. Untuk memastikan memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah-kaedah persatuan dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli.
xii. Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan persatuan, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
xiii. Semua wang keuntungan yang diperolehi oleh persatuan daripada penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat persatuan ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini. Persatuan juga boleh menubuhkan Badan Perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Persatuan.
xiv. Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.
FASAL 5. LOGO / LAMBANG
Logo/lambang Persatuan ini adalah _________________ (terangkan secara ringkas bentuk dan makna logo)

FASAL 6. KEAHLIAN
Keahlian Persatuan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada empat (4) kategori seperti berikut:

6.1 Ahli Gabungan
Terdiri dari persatuan-persatuan sukan____________ di peringkat negeri yang sah berdaftar di Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan boleh mengundi serta diundi.

6.2 Ahli Individu
Terdiri daripada ahli-ahli individu yang tidak melebihi lima (5) orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Persatuan dan tidak boleh mengundi dan diundi. Sekiranya struktur ahli gabungan adalah kombinasi maka bilangan ahli individu adalah terhad dan tidak melebihi 30 % bilangan ahli gabungan

6.3 Ahli Bersekutu
Terdiri dari persatuan, kelab dan pertubuhan yang menjalankan berbagai kegiatan sukan selain dari sukan_________________dan berdaftar secara sah di sisi undang-undang tetapi tidak boleh mengundi dan diundi.

6.4 Ahli Kehormat
Individu-individu yang pernah berjasa kepada Persatuan atau individu-individu yang boleh memberi sumbangan kepada persatuan yang dilantik oleh Jawatankuasa Induk Persatuan tetapi tidak boleh mengundi dan diundi.

FASAL 7. YURAN KEAHLIAN
7.1 Setiap ahli baru hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Persatuan seperti berikut :-


BIL. JENIS KEAHLIAN YURAN PENDAFTARAN YURAN TAHUNAN
1. Ahli Gabungan RM RM
2. Ahli Individu RM RM
3. Ahli Bersekutu RM RM
4. Ahli Kehormat RM RM

7.2 Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi.

7.3 Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh _______ tahun menyebabkan keahliannya terbatal.

7.4 Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran tahunan dan penalti sebanyak RM_________. Permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.

FASAL 8. PERMOHONAN MENJADI AHLI
8.1 Semua permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang dan dikemukakan kepada Setiausaha. Keputusan untuk terima menjadi ahli mesti ditentukan oleh Jawatankuasa Tertinggi sekiranya cukup korum atau oleh Mesyuarat Agung.

8.2 Sekiranya permohonan menjadi ahli ditolak oleh Jawatankuasa Tertinggi atau Mesyuarat Agung, notis yang mengandungi sebab penolakan hendaklah dikemukakan kepada pemohon.

FASAL 9. KEISTIMEWAAN DAN HAK AHLI
9.1 Tiap-tiap ahli Persatuan dibenarkan menyertai dalam segala kegiatan yang
dianjurkan oleh Persatuan ini.
9.2 Setiap ahli Persatuan berhak menerima dengan percuma satu salinan Perlembagaan Persatuan sekali sahaja semasa pendaftaran.
9.3 Mengakui dan bersetuju:-
i. Semua peraturan dan undang-undang termasuk perlembagaan badan sukan ini, peraturan-peraturan kecil, amalan terbaik dan Akta berkaitan diterimapakai dan mereka tertakluk dan terikat kepadanya.
ii. Mematuhi dan mengikuti segala keputusan, ketetapan, peraturan, amalan terbaik dan undang-undang berkaitan yang dibuat oleh jawatankuasa-jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Induk atau pengurusan badan sukan sendiri, badan penyelarasan dan badan pemantauan peringkat Malaysia dan antarabangsa, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
iii. Mereka tertakluk kepada bidang kuasa badan sukan.
iv. Segala peraturan dan undang-undang berkaitan adalah perlu untuk mencapai matlamat dan objektif badan sukan.
9.4 Semua ahli berhak menggunakan kemudahan dan premis badan sukan melalui kaedah yang ditetapkan.

FASAL 10. HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG

10.1 Ahli Gabungan
Semua ahli gabungan yang membayar yuran sebelum 1 Februari adalah berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan berhak menghantar _______ orang wakil ke Mesyuarat Agung Tahunan dan juga boleh mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut. Nama-nama wakil ahli gabungan yang dipilih bagi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

10.2 Ahli Individu
Semua Ahli Individu yang membayar yuran tahunan sebelum 1 Februari tahun tersebut adalah berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi dalam mesyuarat tersebut.

10.3 Ahli Bersekutu
Ahli bersekutu tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh menghantar _______orang wakil bagi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemerhati.

10.4 Ahli Kehormat
Ahli Kehormat tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemerhati.
FASAL 11. DISIPLIN AHLI
11.1 Jawatankuasa Tatatertib dinasihat atau mempertimbangkan tuduhan keatas ahli :-
i. telah melanggar, gagal, enggan, atau tidak peduli untuk mematuhi mana-mana peraturan dan perundangan termasuk gagal memenuhi komitmen sebagai ahli sepertimana Fasal 9.3.
ii. bertindak secara tidak wajar atau memudaratkan kepada badan sukan dan kepentingannya; dan tidak selari dengan matlamat badan sukan dan sukan itu sendiri.
iii. membawa keaiban kepada ahli badan sukan, sukan itu sendiri dan negara.

11.2 Jawatankuasa Tatatertib boleh memulakan atau memanggil, prosiding disiplin terhadap ahli, dan ahli tertakluk dan menyerahkan sepenuhnya kepada bidang kuasa, prosedur disiplin dan penalti dan mekanisme-mekanisme rayuan seperti tertera dalam perlembagaan badan sukan dan dokumen berkaitan.

FASAL 12. PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
12.1 Mana-mana ahli persatuan yang membuat permohonan bertulis untuk berhenti menjadi ahli dan permohonannya itu diluluskan oleh Jawatankuasa Induk Persatuan adalah dianggap sebagai telah berhenti menjadi ahli Persatuan.

12.2 Setiap ahli atau persatuan yang didapati menjalankan sesuatu kegiatan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persatuan bolehlah dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Tatatertib. Sebelum tindakan sedemikian ahli itu hendaklah diberikan surat tunjuk sebab. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah berkuatkuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib. Ahli yang berkenaan boleh mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Induk dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Tatatertib. Jawatankuasa Induk mempunyai kuasa sama ada untuk menerima, menolak atau membuat apa-apa keputusan yang lain berhubung dengan rayuan tersebut dan keputusan Jawatankuasa Induk adalah muktamad.

FASA 13. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
13.1 Mesyuarat Agung Tahunan adalah badan yang tertinggi dan menyeluruh bagi Persatuan ini berdasarkan kepada objektif dan matlamatnya.

13.2 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari tarikh 31 Mac atau dalam tempoh 3 bulan selepas berakhir kewangan tiap-tiap tahun pada tarikh dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk.

13.3 Kegagalan mengadakan mesyuarat agung perlu dirujuk kepada PPS untuk lanjutan masa

13.4 Notis Mesyuarat Agung
i. Notis Mesyuarat Agung sebanyak dua (2) kali iaitu empat puluh lima (45) hari dan sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari dari tarikh notis dipos hendaklah diberikan secara bertulis oleh Setiausaha kepada semua ahli gabungan.
ii. Notis pertama itu hendaklah menyatakan hari, masa, tarikh dan tempat berserta laporan.
iii. Notis kedua itu hendaklah disertakan dengan agenda mesyuarat bersama-sama dengan semua salinan dokumen yang dinyatakan dalam agenda tersebut termasuk pencalonan jika ada.

13.5 Penetapan tarikh, hari, masa, tempat dan agenda hendaklah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan dinyatakan didalam Notis Mesyuarat .

13.6 Usul
i. Semua usul yang hendak dibawa kedalam Mesyuarat Agung Tahunan perlu dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
ii. Jika usul ditolak, usul tersebut tidak boleh dikemukakan semula, mahupun usul baru yang mempunyai maksud yang sama hanya boleh dikemukakan semula dalam tempoh selepas enam (6) bulan pada Mesyuarat Agung yang berikutnya.
13.7 Korum
i. Korum bagi Mesyuarat Agung hendaklah tidak kurang dari satu perdua (1/2) daripada bilangan keahlian yang layak mengundi.
ii. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari masa yang ditetapkan, maka Mesyuarat itu hendaklah ditunda kepada tarikh baru dalam tempoh tiga puluh (30) hari.
iii. Sekiranya korum masih tidak mencukupi pada tarikh baru mesyuarat itu, maka ahli-ahli yang hadir bolehlah meneruskan mesyuarat tetapi tidak berkuasa untuk meminda perlembagaan.

13.8 Penangguhan Mesyuarat Agung.
i. Di dalam Mesyuarat Agung yang mempunyai korum, Pengerusi boleh dengan persetujuan dua pertiga (2/3) daripada Ahli Mesyuarat yang berhak mengundi, menangguh mesyuarat kepada masa dan tempat yang lain.
ii. Tiada agenda dan ketetapan atau keputusan baru boleh dibincangkan selain dari apa yang telah dinyatakan dalam agenda. Ia hanya untuk menyelesaikan agenda mesyuarat terdahulu yang masih belum selesai.
iii. Jika mesyuarat ditangguh melebihi 30 hari ( hari 31 dan keatas) notis mesyuarat baru hendaklah dikeluarkan sama seperti notis asal. Sekiranya tidak maka tidak perlu mengeluarkan notis penangguhan atau perkara-perkara untuk dibincangkan dalam mesyuarat yang ditangguhkan itu.

13.9 Pengendalian Mesyuarat Agung
Apa-apa persoalan yang berbangkit semasa mesyuarat agung berkaitan dengan agenda mesyuarat, prosedur dan tatacara pengendalian mesyuarat hendaklah dirujuk kepada pengerusi mesyuarat yang keputusannya adalah muktamad.

13.10 Kaedah Mengundi dan Keputusan.
i. Sebarang keputusan atau ketetapan yang memerlukan pengundian, undian hendaklah dibuat dengan mengangkat tangan; atau
ii. Menggunakan kertas undian tertutup jika diminta oleh:-
a) Presiden dengan persetujuan majoriti Ahli Mesyuarat; atau
b) 50% daripada ahli Mesyuarat yang berhak mengundi.
iii. Keputusan hendaklah diisytiharkan oleh Presiden sebaik sahaja proses
pengiraan selesai dan hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat.

13.11 Setiausaha hendaklah menghantar kepada ahli minit mesyuarat agung tahunan yang belum disahkan dalam 30 hari setelah selesai mesyuarat itu

13.12 Setiausaha juga hendaklah menghantar kepada Pesuruhjaya Sukan dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah selesai mesyuarat perkara-perkara seperti berikut:
i. minit mesyuarat agung
ii. laporan aktiviti
iii. laporan kewangan
iv. senarai ahli jawatankuasa terkini

FASAL 14. TUGAS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah mengandungi agenda-agenda berikut :-
i. Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung tahun sebelumnya;
ii. Menerima dan meluluskan Laporan Jawatankuasa berkenaan kegiatan persatuan sepanjang tahun sebelumnya;
iii. Menerima dan meluluskan laporan Bendahari dan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun sebelumnya;
iv. Pemilihan Ahli Jawatankuasa Induk (sekiranya ada); dan
v. Hal-hal lain yang berkaitan.
vi. Sekiranya gagal melaksanakan agenda i, ii, iii diatas Mesyuarat Agung itu terbatal.

FASA 15. MESYUARAT AGUNG KHAS
15.1 Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan dalam keadaan berikut:
i. bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa atau dengan kehendak Presiden; atau
ii. atas permintaan ahli secara bertulis oleh tidak kurang daripada separuh (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menyatakan tujuan-tujuan dan sebab-sebabnya.

15.2 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat.

15.3 Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan kepada semua ahli-ahli oleh Setiausaha sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.

15.4 Korum Mesyuarat Agung Khas adalah sama dengan korum Mesyuarat Agung. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas setengah (1/2) jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi mesyuarat itu maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan pada hari, masa dan tempat yang sama pada minggu berikut atau pada hari, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Presiden dan jika korum masih tidak mencukupi pada mesyuarat yang ditangguhkan itu selepas setengah jam daripada masa yang ditetapkan maka mesyurat itu terbatal.

15.5 Tidak boleh diadakan pemilihan dalam Mesyuarat Agung Khas.

FASA 16. JAWATANKUASA INDUK
16.1 Jawatankuasa Induk Persatuan hendaklah terdiri daripada :-
i. seorang(1) Presiden ;
ii. seorang Timbalan Presiden;
iii. tiga (3) orang Naib Presiden,
iv. seorang setiausaha
v. seorang bendahari
vi. enam (6) orang Ahli Jawatankuasa .

16.2 Penolong Setiausaha dan Penolong Bendahari dan seorang (1) wakil setiap negeri bolehlah dilantik oleh Presiden dengan persetujuan Mesyuarat Jawatankuasa selepas Mesyuarat Agung Tahunan tetapi mereka tidak mempunyai hak mengundi dan diundi.

16.3 Pemegang-pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Induk dan dalam Jawatankuasa-Jawatankuasa yang lain hendaklah :-

i. berumur lapan belas (18) tahun ke atas;
ii. bukan seorang yang muflis;
iii. tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh mana-mana badan sukan dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu;
iv. tidak disabitkan kesalahan jenayah atau sivil denda tidak kurang daripada RM5000 dalam tempoh lima (5) tahun yang lalu; dan
v. sempurna akal.
16.4 Mana-mana pemegang jawatan yang disabitkan dengan sesuatu kesalahan di Mahkamah atas pertuduhan jenayah hendaklah terlucut jawatannya dengan serta-merta.
16.5 Sekiranya terdapat kekosongan jawatan presiden disebabkan penjawat jawatan telah melepaskan jawatan ataupun telah meninggal dunia, maka calon yang mendapat undi kedua terbanyak di dalam Mesyuarat Pemilihan yang lepas adalah dengan tersendiri layak untuk memegang jawatan tersebut serta dipersetujui oleh persatuan. Jika calon yang demikian tidak ada ataupun menolak tawaran jawatan itu, maka pemilihan bagi mengisi kekosongan tersebut perlu dibawa ke dalam mesyuarat agung yang akan datang.

FASA 17. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA INDUK

17.1 Melantik Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa.
17.2 Menguatkuasakan dasar-dasar dan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan
atau Khas.
17.3 Mengurus dan mentadbir Persatuan secara teratur.
17.4 Merancang, melaksana dan menilai program dan aktiviti.
17.5 Mengkaji dan meluluskan perbelanjaan pentadbiran dan program-program yang diluluskan.
17.6 Meluluskan peraturan-peraturan baru atau yang dipinda untuk di bahas dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau khas.
17.7 Menimbang rayuan keputusan Jawatankuasa Tatatertib bagi ahli-ahli Persatuan.
17.8 Memantau dan menentukan ahli-ahli gabungan mematuhi perlembagaannya dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh badan ini.
17.9 Melantik dan mengisi mana-mana jawatan kosong yang bergaji
17.10 Membangun dan merangka pelan strategik pembangunan sukan ____________ di Malaysia secara menyeluruh dan dilaksanakan pada setiap peringkat sama ada kebangsaan, negeri, daerah dan kelab.
17.11 Mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana penyandang jawatan
17.12 Menimbang permohonan menjadi ahli Persatuan.
17.13 Menyelesaikan apa-apa pertikaian yang tidak dapat diselesaikan atau perkara- perkara berkaitan dikalangan ahli gabungan, pemegang jawatan dan ahli-ahli.
17.14 Merujuk apa-apa pertikaian yang tidak boleh diselesaikan diperingkatnya atau yang mempunyai kepentingan negara atau yang berkaitan dengan pentafsiran dokumen tertentu kepada badan gabungannya.
17.15 Menyelesaikan konflik dalaman ahli gabungan.
17.16 Mematuhi dan melaksanakan arahan yang dicadangkan oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

FASAL 18. JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
18.1. Jawatankuasa Kewangan.
18.2. Jawatankuasa Pembangunan.
18.3. Jawatankuasa Teknikal.
18.4. Jawatankuasa Pemilihan.
18.5. Jawatankuasa Pertandingan.
18.6. Jawatankuasa Tatatertib.
18.7. Jawatankuasa Anti-Doping
18.8. Jawatankuasa Wanita
18.9 Lain-lain jawatankuasa
FASA 19. TUGAS AHLI JAWATANKUASA INDUK

19.1. Presiden
Presiden dalam masa jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi dalam semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat
.
19.2 Timbalan Presiden
Timbalan Pengerusi hendaklah membantu Presiden melaksanakan tanggungjawab menguruskan pentadbiran Persatuan. Dia hendaklah memangku dan melaksanakan tanggungjawab Presiden selama ketiadaan Presiden

19.3 Naib Presiden
Naib Presiden hendaklah membantu Presiden dan Timbalan Presiden dalam menguruskan pentadbiran Persatuan. Semasa ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden, Naib Presiden yang kanan hendaklah memangku jawatan tersebut.

19.4 Setiausaha
Setiausaha bertanggungjawab dalam segala pengurusan dan pentadbiran Persatuan mengikut Perlembagaan dan menjalankan arahan-arahan Mesyuarat Agung atau Jawatankuasa Induk. Beliau bertanggungjawab mengenai surat-menyurat, menyimpan semua buku-buku, surat-surat dan kertas-kertas kecuali buku kira-kira dan buku kewangan. Dia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan-catatan mesyuarat.

19.5 Bendahari
Bendahari hendaklah membuat kutipan yuran keahlian dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.

19.6 Ahli Jawatankuasa
Ahli Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan Jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Fasal 18 dan menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh Presiden

19.6.1 Tugas Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa

i. Jawatankuasa Kewangan
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mencari sumber pendapatan Persatuan seperti tajaan, bantuan dari kerajaan, derma atau cara-cara lain yang sah dari segi undang-undang Persatuan dan undang-undang negara.



ii. Jawatankuasa Pembangunan
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah menganjurkan program-program pembangunan dan latihan serta termasuk pembangunan pegawai dan jurulatih.

iii. Jawatankuasa Teknikal
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah melibatkan hal-ehwal kepegawaian teknikal sukan ini.

iv. Jawatankuasa Pemilihan
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasa nya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah memilih pemain-pemain untuk diperakukan kepada Jawatankuasa induk bagi mewakili Persatuan dalam sukan __________ dalam pertandingan-pertandingan .

v. Jawatankuasa Pertandingan
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah mengelolakan pertandingan-pertandingan di peringkat Kebangsaan.

vi. Jawatankuasa Tatatertib
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memutuskan kes-kes berhubung salah laku ahli termasuk individu dan pemegang jawatan; dan menentukan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pihak yang telah dikenakan tindakan.



vii. Jawatankuasa Anti-Doping
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Anti-Doping dan melantik Ahli Jawatankuasanya. Tugas utama Jawatankuasa ini ialah untuk memantau dan memastikan bahawa semua ahli sukan atau atlet mematuhi peraturan berkaitan anti-doping samada di peringkat antarabangsa atau tempatan. Jawantankuasa ini juga menggunakan standard yang sama yang diamalkan oleh World Anti-Doping Agency (WADA) dan Institut Sukan Negara (ISN) / Anti-Doping Agency of Malaysia (ADAMAS) atau mana-mana badan yang diiktiraf oleh WADA dan pihak berkuasa di Malaysia.

Viii . Jawatankuasa Wanita
Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Wanita. Tugas Jawatankuasa ini ialah untuk menjaga kepentingan wanita dalam badan sukan.

FASAL 20. MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK
20.1 Jawatankuasa Induk hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali di dalam masa tiga (3) bulan. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli tujuh (7) hari sebelum tarikh mesyuarat. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada satu pertiga ahli jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk pada bila-bila masa.

20.2 Korum mesyuarat Jawatankuasa Induk hendaklah tidak kurang daripada (1/2) satu perdua daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Induk.

FASAL 21. KEWANGAN

21.1 Sumber kewangan Persatuan boleh diperoleh melalui :-
i. yuran tahunan dan penalti kemasukan semula;
ii. derma dan tajaan;
iii. Bantuan dari kerajaan atau badan-badan yang dibenarkan ;
iv. hasil-hasil perniagaan Persatuan; dan
v. sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang negara.

21.2 Pendapatan Persatuan yang diperoleh hendaklah digunakan bagi tujuan mencapai objektif dan matlamat Persatuan dan ahli-ahlinya seperti yang disebut dalam Perlembagaan ini.
21.3 Semua cek atau baucer pembayaran persatuan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Presiden atau Setiausaha.
21.4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM__________ bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk.

21.5 Perbelanjaan kurang daripada RM ___________ bagi sesuatu masa boleh dibayar tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk.

21.6 Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM _____ dalam sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mesti dimasukkan ke dalam akuan Persatuan.

21.7 Perbelanjaan melebihi daripada RM_____ bagi sesuatu masa hendaklah mendapat kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas .

21.8 Penyata dari hal wang diterima dan dibelanjakan berserta Lembaran Imbangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Juruaudit dalam tempoh tiga puluh (30) hari setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang diaudit hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.

21.9 Tahun kewangan Persatuan ini ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember
pada tiap-tiap tahun.

FASAL 22. JURU AUDIT
22.1 Dua orang yang bukannya Ahli Jawatankuasa Induk boleh dilantik semasa Mesyuarat Agung sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua (2) tahun dan boleh dilantik semula. Tugas Juruaudit ialah membuat pemeriksaan terhadap penyata kewangan Persatuan dan membuat laporan dan pengesahan penyata-penyata yang berkaitan dengan kewangan.
22.2 Mesyuarat Agung boleh juga melantik Firma Audit yang bertauliah bagi menjalankan kerja-kerja auditan Persatuan sekiranya perlu.

FASAL 23. EKSPLOITASI, PENDERAAN , DISKRIMINASI DAN GANGGUAN SEKSUAL.
Persatuan dan ahli persatuan ini termasuk individu, pegawai, pemegang jawatan, jurulatih dan atlet, bertanggungjawab menjamin dan mengamal pentadbiran yang adil dan saksama ke atas gender atau bangsa, tiada eksploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak; dan kawalan terhadap sebarang bentuk gangguan termasuk gangguan fizikal, emosi dan seksual.

FASAL 24. INSURAN DAN PERUBATAN
Ahli persatuan atau atlet yang mengambil bahagian dalam sebarang kejohanan, pertandingan sama ada di dalam atau di luar negara hendaklah dilindungi oleh insuran yang dibiayai dan diuruskan oleh persatuan.

FASAL 25. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
Jawatankuasa Induk boleh memberi tafsiran terhadap perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam perlembagaan ini sekiranya perlu.

FASAL 26. PERTIKAIAN DALAMAN
Adalah menjadi tugas Jawatankuasa Tatatertib dengan kerjasama Jawatankuasa Induk Persatuan untuk menyelesaikan apa-apa pertikaian yang timbul di kalangan anggotanya, mengikut prosedur dalaman yang ditetapkan dalam peraturan-peraturannya. Jika perlu pertikaian boleh dibawa sehingga ke peringkat badan pengelola untuk penyelesaian.

FASAL 27. PENAUNG ATAU PENASIHAT
27.1. Jawatankuasa Induk Persatuan boleh juga melantik orang-orang yang layak menjadi penaung atau penasihat bagi Persatuan ini, sekiranya perlu.
27.2. Penaung atau Penasihat tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran persatuan dan juga tidak boleh membuat undian dalam sebarang keputusan serta tidak boleh membuat undian melantik Ahli Jawatankuasa Induk.

FASAL 28. PINDAAN PERLEMBAGAAN

28.1 Perlembagaan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas.
28.2 Permohonan untuk membuat perubahan atau pindaan kepada Perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh keputusan mesyuarat yang memutuskan perihal perubahan atau pindaan tersebut. Perubahan atau pindaan kepada Perlembagaan ini tidak boleh dikuatkuasakan selagi tidak mendapat kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
28.3 Pesuruhjaya Sukan Malaysia boleh mengarahkan mana-mana badan sukan meminda perlembagaannya bila ada keperluan untuk berbuat demikian.

FASAL 29. LARANGAN

29.1 Segala bentuk perjudian dan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan Undang-undang Malaysia adalah dilarang dilakukan dalam mana-mana premis Persatuan.
29.2 Persatuan tidak boleh terlibat dalam mana-mana kegiatan politik atau parti politik, atau bergabung atau mengadakan hubungan dengan apa jua parti politik dan menggunakan nama Persatuan dalam apa jua isu-isu politik.

FASAL 30. PEMBUBARAN

30.1 Persatuan ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat Agung yang khusus untuk tujuan ini dan dengan keputusan oleh dua pertiga(2/3) daripada ahli Persatuan.
30.2 Sekiranya Persatuan ini hendak dibubarkan secara yang disebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan oleh persatuan dan baki wang atau harta benda (aset) yang tinggal hendaklah diserahkan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia.
30.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia di dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu.

Disahkan betul
……………………………
Presiden
Nama:
Tarikh;

……………………………
Setiausaha
Nama:
Tarikh;

--------------------------------------

This is a sample copy of the constitution for National Sports Associations (NSA) in Malaysia and can be extracted from the SCO/PPS website. The mould determines the shape.

Model ini adalah MODEL PERLEMBAGAAN BADAN SUKAN PERINGKAT KEBANGSAAN yang boleh dibaca dari laman web Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Cetakan menentukan bentuk.

Source: http://pps.kbs.gov.my/


For the love of the sport,
Allan Phang

Saturday, February 27, 2010

PROPOSED MEMBERS - THE INTERIM COMMITTEE and the current pro-tem committee


PROPOSED MEMBERS OF THE INTERIM COMMITTEE (SUBJECT TO THE ACCEPTANCE OF THE INVITEES)
- SUBMITTED TO THE SPORTS COMMISSIONER'S OFFICE.

- VENDORS / PROMOTERS / MARSHALS / FIELD OPERATORS
- PAINTBALL STATE ASSOCIATIONS



VENDORS / PROMOTERS / MARSHALS / FIELD OPERATORS

1. Mr. Paul WY Lam
2. Y.M. Raja Khairul Anuar Raja Mokhtar - Vendor (Skirmish)
3. Mr. Patrick Tan Hing Chew - Vendor (Propaintball)
4. YBhg Dato’ Maj (B) Ir Roselan bin Yaacob – Field Operator (Recball - Isi Rimba)
5. Mr. Dennis Tan Ying Chyuan - Vendor (KCHL)
6. En. Mohd. Redza bin Yusop - Field Operator (Xtion Paintball)
7. Mr. Andrew Loh Chie Loong - Vendor (Werdnahol)
8. En. Junaidi bin Khalil – Marshalling
9. Mr. Allan Phang Yow Choy – Promoter (PALS/MPOC)
10. En. Roslim Abu – Field Operator (Recball - Paintball Valley)
11. Mr. Wong Yoong Peow– Promoter (MYNPL)
12. En. Dzakihusny bin Dato’ Ir Haji Md Ghazali – Field Operator (Perak)


PAINTBALL STATE ASSOCIATIONS
13. Johor Paintball Association - Tuan Haji Amin bin Othman
14. Selangor Paintball Association – Mr. Nicholas Wong Yew Khid
15. Kuala Lumpur Paintball Association – En. Hasnu Rizal Zakaria
16. Malacca Paintball Association – En. Zulhassan bin Maslan
17. Sabah Paintball Association – En. Mohd. Junaidi Mohd. Tahir
18. Sarawak Paintball Association – En. Hartika Abu Hasim
19. Kedah Paintball Association – En. Shaiful Sharizal Sulaiman
20. Labuan Paintball Association – En. Supian bin Ibrahim
21. Kelab Sukan Negeri Pulau Pinang – En. Harris El Hadi bin Baharum

PREPARED BY: PAUL WY LAM
SUBMITTED DATE: 25th February 2010 during the Public Hearing and distributed to all.


BM TRANSLATION:


AHLI JAWATANKUASA INTERIM YANG DICADANGKAN (TERTERA KEPADA PENERIMAAN PARA JEMPUTAN)
- TELAH DISERAHKAN KEPADA PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN MALAYSIA

- PENJUAL / “PROMOTER” / MARSHAL / PENGENDALI PUSAT PAINTBALL
- PERSATUAN PAINTBALL UNTUK SETIAP NEGERI


PENJUAL / “PROMOTER” / MARSHAL / PENGENDALI PUSAT PAINTBALL

1. Mr. Paul WY Lam
2. Y.M. Raja Khairul Anuar Raja Mokhtar - Penjual (Skirmish)
3. Mr. Patrick Tan Hing Chew - Penjual (Propaintball)
4. YBhg Dato’ Maj (B) Ir Roselan bin Yaacob – Pengendali Pusat Paintball (Recball)
5. Mr. Dennis Tan Ying Chyuan - Penjual (KCHL)
6. En. Mohd. Redza bin Yusop – Pengendali Pusat Paintball (Xtion Paintball)
7. Mr. Andrew Loh Chie Loong - Penjual (Werdnahol)
8. En. Junaidi bin Khalil – Marshal
9. Mr. Allan Phang Yow Choy – “Promoter” (PALS/MPOC)
10. En. Roslim Abu – Pengendali Pusat Paintball (Recball)
11. Mr. Wong Yoong Peow– “Promoter” (MYNPL)
12. En. Dzakihusny bin Dato’ Ir Haji Md Ghazali – Pengendali Pusat Paintball (Perak)


PERSATUAN PAINTBALL UNTUK SETIAP NEGERI
13. Johor Paintball Association - Tuan Haji Amin bin Othman
14. Selangor Paintball Association – Mr. Nicholas Wong Yew Khid
15. Kuala Lumpur Paintball Association – En. Hasnu Rizal Zakaria
16. Malacca Paintball Association – En. Zulhassan bin Maslan
17. Sabah Paintball Association – En. Mohd. Junaidi Mohd. Tahir
18. Sarawak Paintball Association – En. Hartika Abu Hasim
19. Kedah Paintball Association – En. Shaiful Sharizal Sulaiman
20. Labuan Paintball Association – En. Supian bin Ibrahim
21. Kelab Sukan Negeri Pulau Pinang – En. Harris El Hadi bin Baharum
 

DISEDIAKAN OLEH: PAUL WY LAM
TARIKH DISERAHKAN: 25hb Februari 2010 semasa Sesi Pendengaran Awam kepada orang ramai.

-----------

The above was the proposed interim/pro-tem committee that was submitted to the Sports Commissioner's Office of Malaysia by the MPBF. The outcome as per below...

-----------

Results After the Public Hearing - The Current Pro-tem Committee

The newly elected steering committee:-
President: Tn. Hj. Amirul (CMX PB Club)
Deputy: Paul WY Lam
Vice 1: Afendi Abdullah (Johor PB Association)
Vice 2: Dean CK Lau (Tanamerah PB CLub)
Vice 3: Mohd. Reza Yusof (Xtion PB Club)
Secretary General: YP Wong (Delta Rovers PB Club)
Asst. Sec. Gen.: Muhammad Muhsin (M-PRO PB Club)
Treasurer: Jasni Shafie (Kedah PB Association)

Committee Members:
1. Hassan Maslan (Melaka PB Association)
2. Junaidi Tahir (Sabah PB Association)
3. Nicholas Wong (Selangor PB Association)
4. Mohd Izuan Othman (Jasin PB Association)
5. Shaiful Nizam Abd Karim (Alor Gajah PB Association)
6. Md Shahfri Rozami (Kuantan PB Association)
7. Muhammad Nur Fadly Ismail (JB PB Association)
8. Idilhan Ibrahim (Melaka Tengah PB Association)
9.Shaiful Hady (PSS PB Club)
10. Mohd. Safieq Izuddin (Nemesis PB Club)
11. Mohamed Shuha Mohamedon (OSB PB Club)
12. Ahmad Hazari (Zealous PB Club)
13. Raja Anor Shah (Nusantara PB Club)
14. Ahmad Akmal (Manawave PB Club)

-----------

Congratulations to the current pro-tem committee. We look forward to the constitution for the Malaysia Paintball Federation.


For the love of the sport,
Allan Phang

Friday, February 26, 2010

AHLI JAWATANKUASA INTERIM YANG DICADANGKAN (TERTERA KEPADA PENERIMAAN PARA JEMPUTAN) - PENJUAL / “PROMOTER” / MARSHAL / PENGENDALI PUSAT PAINTBALL - PERSATUAN PAINTBALL UNTUK SETIAP NEGERI (BM TRANSLATION)


AHLI JAWATANKUASA INTERIM YANG DICADANGKAN

(TERTERA KEPADA PENERIMAAN PARA JEMPUTAN)

PENJUAL / “PROMOTER” / MARSHAL / PENGENDALI PUSAT PAINTBALL
1. Mr. Paul WY Lam
2. Y.M. Raja  Khairul Anuar Raja Mokhtar - Penjual
3. Mr. Patrick Tan Hing Chew - Penjual
4. YBhg Dato’ Maj (B) Ir Roselan bin Yaacob – Pengendali Pusat Paintball (Recball)
5. Mr. Dennis Tan Ying Chyuan - Penjual
6. En. Mohd. Redza bin Yusop – Pengendali Pusat Paintball
7. Mr. Andrew Loh Chie Loong - Penjual
8. En. Junaidi bin Khalil – Marshal
9. Mr. Allan Phang Yow Choy – “Promoter” (PALS/MPOC)
10. En. Roslim Abu – Pengendali Pusat Paintball (Recball)
11. Mr. Wong Yoong Peow– “Promoter” (MYNPL)
12. En. Dzakihusny bin Dato’ Ir Haji Md Ghazali – Pengendali Pusat Paintball (Perak)

PERSATUAN PAINTBALL UNTUK SETIAP NEGERI

13. Johor Paintball Association - Tuan Haji Amin bin Othman
14. Selangor Paintball Association – Mr. Nicholas Wong Yew Khid
15. Kuala Lumpur Paintball Association – En. Hasnu Rizal Zakaria
16. Malacca Paintball Association – En. Zulhassan bin Maslan
17. Sabah Paintball Association – En. Mohd. Junaidi Mohd. Tahir
18. Sarawak Paintball Association – En. Hartika Abu Hasim
19. Kedah Paintball Association – En. Shaiful Sharizal Sulaiman
20. Labuan Paintball Association – En. Supian bin Ibrahim
21. Kelab Sukan Negeri Pulau Pinang – En. Harris El Hadi bin Baharum

DISEDIAKAN OLEH: PAUL WY LAM
TARIKH DISERAHKAN: 25hb Februari 2010 di Sesi Pendengaran Awam kepada orang ramai.


PROPOSED MEMBERS OF THE INTERIM COMMITTEE (SUBJECT TO THE ACCEPTANCE OF THE INVITEES) - VENDORS / PROMOTERS / MARSHALS / FIELD OPERATORS - PAINTBALL STATE ASSOCIATIONS


PROPOSED MEMBERS OF THE INTERIM COMMITTEE

(SUBJECT TO THE ACCEPTANCE OF THE INVITEES)

VENDORS / PROMOTERS / MARSHALS / FIELD OPERATORS

1. Mr. Paul WY Lam
2. Y.M. Raja  Khairul Anuar Raja Mokhtar - Vendor
3. Mr. Patrick Tan Hing Chew - Vendor
4. YBhg Dato’ Maj (B) Ir Roselan bin Yaacob – Field Operator (Recball)
5. Mr. Dennis Tan Ying Chyuan - Vendor
6. En. Mohd. Redza bin Yusop - Field Operator
7. Mr. Andrew Loh Chie Loong - Vendor
8. En. Junaidi bin Khalil – Marshalling
9. Mr. Allan Phang Yow Choy – Promoter (PALS/MPOC)
10. En. Roslim Abu – Field Operator (Recball)
11. Mr. Wong Yoong Peow– Promoter (MYNPL)
12. En. Dzakihusny bin Dato’ Ir Haji Md Ghazali – Field Operator (Perak)

PAINTBALL STATE ASSOCIATIONS

13. Johor Paintball Association - Tuan Haji Amin bin Othman
14. Selangor Paintball Association – Mr. Nicholas Wong Yew Khid
15. Kuala Lumpur Paintball Association – En. Hasnu Rizal Zakaria
16. Malacca Paintball Association – En. Zulhassan bin Maslan
17. Sabah Paintball Association – En. Mohd. Junaidi Mohd. Tahir
18. Sarawak Paintball Association – En. Hartika Abu Hasim
19. Kedah Paintball Association – En. Shaiful Sharizal Sulaiman
20. Labuan Paintball Association – En. Supian bin Ibrahim
21. Kelab Sukan Negeri Pulau Pinang – En. Harris El Hadi bin Baharum

PREPARED BY: PAUL WY LAM
DISTRIBUTED ON: 25th February 2010 at the Public Hearing to all.

PERSEKUTUAN PAINTBALL MALAYSIA (MPBF) - Majukan Sukan Untuk Pemain, Oleh Pemain (BM Translation)



 

PERSEKUTUAN PAINTBALL MALAYSIA (MPBF)
Majukan Sukan Untuk Pemain, Oleh Pemain

Persekutuan Paintball Malaysia merupakan hasil usaha berterusan selama lima (5) tahun dengan Kementrian Belia dan Sukan Malaysia. Pertubuhan MPBF akan melaksanakan inisiatif-inisiatif yang penting kepada sukan paintball – kebanyakan yang sehingga kini tidak dapat diselesaikan tanpa suara rasmi. 

MPBF akan menjadi persekutuan yang tulen dari semua sudut.

Ia akan menjadi organisasi:
- Yang bebas dari aktiviti perniagaan
- Tanpa untung
- Tanpa pengumpulan aset
- Mengekalkan aspek-aspek positif sukan komersial


PENCAPAIAN SEGERA
I) PENGESAHAN – TIADA LAGI KERAGUAN
i. Untuk mendapatkan pengakuan kesahan marker paintball sebagai alat sukan, dan bukan senjata api.
ii. Untuk membolehkan lesen sah untuk pusat-pusat paintball.
iii. Untuk membolehkan pemain paintball untuk memiliki lesen individu sah untuk marker paintball.
iv. Untuk mendapatkan pengecualian dari cukai ke atas barangan paintball yang diimpot.

II) PAINTBALL UNTUK DITERIMA SEBAGAI SUKAN TERAS

i. Untuk mendapatkan penerimaan sah dari semua jabatan dan agensi kerajaan.
ii. Untuk memastikan paintball dikenal sebagai sukan teras kepada kesemua.

III) PROGRAM AKAR UMBI

i. Untuk menubuhkan inisiatif akar umbi dan memastikan ia dilaksanakan oleh komuniti paintball. Program-program akan dirancangkan dan diedarkan kepada kelab-kelab untuk dilaksanakan secara komersial atau secara lain. Contoh: Klinik Paintball, Program Kanak-kanak, etc.

IV) PROGRAM KESELAMATAN & PANDUAN ETIKA
i. Untuk memastikan yang panduan asas keselamatan akan diselaraskan untuk para pemain, pusat paintball, dan acara-acara paintball. Panduan ini tidak akan menjadi batu halangan kepada sesiapa yang ingin menceburi sukan atau bidang paintball.

FAKTOR KEMAJUAN KRITIKAL
i. Menyempurnakan pemilihan dan kerjasama daripada semua ahli jawatankuasa interim yang dijemput.
ii. Menyempurnakan draf perlembagaan bagi Persekutuan tersebut.
iii. Usaha dari ahli jawatankuasa interim dari segi pembiayaan dan penglibatan.
iv. Keperluan untuk diwakili oleh persekutuan yang terbuka, telus, dan bebas dari penyalahgunaan kuasa.

JADUAL YANG DICADANGKAN
i. 27 March 2010 – Persembahan perlembagaan MBPF
ii. 9 October 2010 – AGM dan Pemilihan ahli jawatankuasa

Mengapakah lapan (8) bulan diperlukan untuk pemilihan?
i. Ini adalah untuk memastikan kerja-kerja awal untuk menyelesaikan isu-isu perlesenan dan untuk memastikan paintball diisytiharkan sebagai sukan teras.
ii. Bagi memberikan masa yang cukup kelab dan persatuan untuk menyelaraskan akaun dan keahlian.

STRUKTUR YANG DICADANGKAN
i. Jawatankuasa MPBF akan mempunyai tujuh belas (17) ahli – empat belas (14) ahli dari setiap persatuan negeri, dan tiga (3) ahli untuk mewakili para penjual, “promoter”, dan pengendali pusat-pusat paintball.

MEKANIK PEMILIHAN YANG DICADANGKAN
i. Pemilihan akan dilaksanakan setiap dua (2) tahun.
ii. Calon-calon untuk jawatan Presiden tidak boleh dipilih lebih dari dua (2) kali.

UNSUR PENTING UNTUK PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MPBF
i. Tidak akan melakukan sebarang aktiviti perniagaan, atau mempunyai hubungan dengan sebarang perniagaan.
ii. Tabung dana MPBF tidak akan mempunyai lebih daripada apa yang diperlukan untuk beroperasi selama dua (2) tahun.
iii. Tidak akan memiliki aset-aset selain daripada apa yang diperlukan untuk berfungsi sebagai persekutuan.

DISEDIAKAN OLEH: PAUL WY LAM
TARIKH DISERAHKAN: 25hb Februari 2010 di Sesi Pendengaran Awam kepada orang ramai.


Malaysia Paintball Federation (MPBF) - For the Sport, For the Players, By the Players


Malaysia Paintball Federation (MPBF)
For the Sport, For the Players, By the Players

The federation is the consummation of 5 years of relentless pursuance with the Ministry of Youth and Sports Malaysia. Once established, the federation will carry out numerous initiatives that are greatly relevant to the sport of paintball – initiatives that thus far we have been unable to resolve without an official voice.
The MPBF will be a true federation in every sense of the word.

It will:
i. Be free of all business activities
ii. Be non-profit
iii. Have no accumulation of assets
iv. Preserve all the positive aspects of a commercially-driven sport


IMMEDIATE GOALS

I) LEGALIZATION – NO MORE GREY AREAS
i. To get proper recognition for paintball markers as sports equipment, and not firearms.
ii. To enable proper licensing of paintball centres.
iii. To enable legal individual ownership of markers by players.
iv. To get tax exemptions for the importation of paintball equipment and gear.

II) PAINTBALL INTO THE MAINSTREAM SPORT ACCEPTANCE
i. To acquire proper recognition from all government departments and agencies.
ii. To ensure that the masses are aware of paintball as a mainstream sport.

III) GRASSROOT PROGRAMS
i. To establish and ensure grassroot initiatives are carried out by the paintball community. Programs will be planned and delegated to clubs to be carried out commercially or otherwise. E.g. Paintball clinics, kids programs, etc.

IV) SAFETY & CODE OF CONDUCT PROGRAMS
i. To ensure that the basic safety guidelines are established for players, fields, and events. These guidelines will be basic in nature, and will not be a hindrance to anyone entering the sport or the industry.

CRITICAL SUCCESS FACTORS
i. Proper selection of and cooperation from all invited interim committee members.
ii. Proper drafting of the constitution of the Federation.
iii. Funding and time from the members of the interim committee.
iv. The want to be represented by a federation that will be open, transparent, and free from abuse.

PROPOSED TIMELINE
I. 27 March 2010 – Presentation of the finalized Constitution
II. 9 October 2010 – First AGM and Elections for the office bearers

Why eight (8) months to elections?

i. To set the groundwork to resolve licensing issues, and to ensure proper recognition of paintball as a mainstream sport.
ii. To give clubs and state associations sufficient time to get their accounts and committees in order.

PROPOSED STRUCTURE
i. There will be a total of 17 seats in the committee, consisting of one seat for each of the 14 state associations, and one (1) seat each for the vendors, promoters, and field operators committees.

PROPOSED ELECTION MECHANICS
i. Elections will be held every two (2) years.
ii. Presidents are only allowed to be elected for a total of two (2) terms, after which they are not eligible for re-election.

PROPOSED KEY AMENDMENTS TO THE CONSTITUTION

The Federation:
i. Shall not engage in any business activity or be connected to any business entity.
ii. Will not retain funds exceeding what is required to operate for two (2) years.
iii. Shall own no assets other than what is necessary to function as a Federation.

* More to be included after discussion with the members of the interim committee

PREPARED BY: PAUL WY LAMDISTRIBUTED ON: 25th February 2010 at the Public Hearing to all.